MENU

Soalan 1

Apakah perkhidmatan utama yang disediakan oleh MDB kepada pelanggan?

Jawapan

Anda akan perolehi :

  • Perkhidmtan Cukai Pintu
  • Perkhidmatan Bayaran perlesenan (perniagaan, iklan)
  • Kelulusan pelan bangunan / ulasan teknikal tanah / kebenaran merancang tanah
  • Sewaan kedai / gerai
  • Pendaftaran kontraktor

Soalan 2

Jika saya salah seorang pembayar cukai pintu, apakah keistimewaan yang akan saya perolehi dari MDB?

Jawapan

Anda akan perolehi :

  • Penyedaran tanggungjawab
  • Tugasan rakyat dalam PBT seluruh dunia termasuk negara kita.
  • Kelulusan dalam akta Kerajaan Tempatan 171.
  • Sebahagian tugasan kerajaan bawah Kementerian Kewangan – sumber pendapatan negara.

Soalan 3

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?

Jawapan

Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.

Soalan 4

Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

Jawapan

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emailkan kepada mdbachok@kelantan.gov.my