MENU

3. Pengiraan cukai bandar dan tarikh dijelaskan

Bagaimana hendak mengira jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar

  • Contoh : Nilai tahunan bagi sebuah rumah teres dikawasan perumahan Taman Indah iailah RM 2,160.00. Kadar taksiran bagi kawasan ini iailah 3 %. Jadi jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar setahun iailah RM 64.80 setahun. Bayaran ini adalah termasuk bayaran perkhidmatan bandar yang diberi seperti angkat sumpah, dan lain-lain.

Bila cukai taksiran perlu dijelaskan?

  • Setengah tahun pertama - 1 Januari hingga 28 Februari
  • Setengah tahun kedua - 1 Julai hingga 31 Ogos
  • Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh masa tersebut ianya adalah dikira sebagai tunggakan. Denda lewat bayar boleh dikenakan ke atas bayaran tunggakan.

4. Tempat dan cara bayaran

 

Dimana tempat pembayaran?

  • Pejabat Majlis Daerah Bachok
  • Mana-mana cawangan bayaran secara bergerak di setiap pekan dalam kawasan majlis.

Cara-cara pembayaran

  • Cek
  • Tunai

5. Tindakan gagal bayar cukai bandar

Apakah tindakan yang akan diambil jika cukai taksiran tidak dibayar atau dijelaskan

  • Waran tahanan barangan - boleh menyita barangan yang terlibat
  • Tindakan mahkamah - Mohon kepada mahkamah pendaftar mahkamah tinggi untuk menahan dan melelong pegangan tersebut.
  • Surat pekeliling dari KPKT agar bil cukai pintu boleh dihantar untuk makluman dan majikan tuanpunya pegangan (harta)

6. Tanggungjawab anda

Peringatan

  • Adalah menjadi tanggungjawab pemilik pegangan (harta) untuk menyiasat sendiri akan kedudukan pegangan (harta) mereka sama ada sudah disenaraikan atau belum di dalam senarai nilaian Majlis (di nilai cukai pintu)
  • Dari itu alasan yang menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui bahawa harta tersebut berada dalam kawasan pebtadbiran Majlis dan tiodak menerima bil cukai pintu tidak boleh diterima atau dilayan.
  • Oleh yang demikian, jika ada diantara pemilik pegangan (harta) yang masih belum menerima apa-apa maklumat mengenai kedudukan hartyanya sama ada telah disenaraikan (dinilaikan) atau belum didalam senarai nilaian majlis, mestilah membuat semakan dan siasatan dibahagian Penilai Majlis. Ini bagi mengelakkan tunggakan dan tindakan undang-undang.
  • Bayaran cukai pintu sebagaimana ditetapkan dari mengelakkan di SITA atau tindakan mahkamah.
  • Elakkan nama anda sebagaimana kakitangan awam/swasta dari disenaraikan untuk dihantar bil cukai pintu kepada KPKT dan majikan.