MENU

4. Undang-undang Kecil Gunting Rambut dan Pendandan Rambut

  • Undang-undang Kecil Gunting Rambut dan Pendandan Rambut telah di wartakan di bawah Seksyen 103 Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1988.  Setiap pemilik premis perniagaan ini harus mematuhi perkara-perkara seperti berikut:
    • Pendandan harus membersihkan diri dengan menggunakan air sabun dan air bersih sebelum melayan pelanggan.
    • Semasa melayan pelanggan, pendandan diharuskan memakai kot atau overall yang bersih dan bersesuaian (kain yang berwarna putih atau warna-warna lembut).
    • Setiap pendandan rambur harus menjalani pemeriksaan doktor dalam tempoh setahun sekali.

5. Undang-undang Kecil Penjaja

  • Undang-undang ini telah diwartakan pada tahun 1986.  Undang-undang ini menerangkan tiada penjaja yang boleh bertindaksebagai penjaja tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua di bawah undang-undang kecil. Permohonan lesen boleh dibuat secara bertulis kepada Yang Dipertua dalam borang yang telah ditetapkan. Tiap-tiap lesen boleh dibatalkan oleh Yang Dipertua pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab. Penjaja hendaklah menjaga kebersihan dan menyediakan tong sampah. Pihak Majlis Daerah P.Puteh berkuasa mengenakan penalty atau menyita gerai penjaja yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak MDB. Segala tuntutan ke atas barangan yang disita boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh barang-barang itu disita.