MENU

Kepada semua peniaga yang berminat untuk menjalankan perniagaan Bazaar Ramadhan boleh membuat permohonan tersebut mulai sekarang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Syaaban/15 Jun 2014.

Bagi perniagaan gerai makanan/minuman, kuih-muih, lauk-pauk dan nasi, tuan/puan dikehendaki mengemukakan sijil kesihatan yang sah semasa membuat permohonan.

Permohonan boleh dibuat pada waktu pejabat di Bahagian Pelesenan, Majlis Daerah Bachok.

Talian yang boleh dihubungi adalah seperti berikut: 09-7787622 / 09-7787631