MENU

Pihak Majlis telah mengadakan perjumpaan dengan peniaga-peniaga pantai irama, taman kemahkotaan bersama YABrs Yang DiPertua, MDBBPI. Turut dihadiri oleh YBrs Setiausaha, Ketua Whip/Pengerusi Kebersihan dan Keindahan. Pengerusi Pelesenan dan semua pemajak pasar malam, pasar tani, pemajak kebersihan Pantai Irama dan pemajak pasar Bachok serta ketua-ketua unit MDBBPI pada 28/7/2015 bersamaan 12 Syawal 1436H, jam 9.00 pagi d Bilik Mesyuarat MDBBPI

Antara isu yang berbangkit:

   i. Harga makanan mahal

   ii. Caj perkhidmatan dan kebersihan tandas awam

   iii. Kutipan sampah

    iv. Kesesakan jalan terutama di laluan masuk/keluar ke Pantai Irama

Rumusan dan keputusan :

    1. Harga makanan mahal

     i. Semua peniaga diminta supaya mengadakan dan mempamir menu serta senarai harga makanan/minuman yang dijual.

     ii. Menggunakan mesin kira/calculator agar pengiraan lebih tepat

    iii. "Detail" kiraan hendaklah ditunjukkan kepada pelanggan

    iv. Jaga kebersihan diri dan gerai.

     v. Pertandingan kebersihan premis makanan telah diadakan

    vi. Taklimat kebersihan diri dan premis makanan telah diadakan pada setiap tahun bersama Pejabat Kesihatan Bachok, termasuk ceramah tutup aurat.

    2. Caj perkhidmatan dan kebersihan tandas awam

     i. Caj atau kadar yang dikenakan adalah berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan

     ii. Hasil pemantauan adalah didapati lebih kurang 80% pelanggan berpuashati dengan caj yang dikenakan dan kebersihan tandas

    iii. Majlis juga telah mengadakan audit tandas secara berkala.Laporan audit ini dihantar kepada pihak SUK Bahagian Kerajaan Tempatan dan KPKT

    3. Kutipan sampah

     i. Sampah di kawasan Pantai Irama dikutip secara berkala, iaitu setiap hari pada sebelah petang termasuk hari Jumaat dan Sabtu

    ii. Bilangan tong sampah perlu ditambah

    iii. Kerjasama peniaga dipohon supaya membuang sampah sarap terutamanya kulit kelapa muda ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak Majlis.

    iv. Pemeriksaan premis makanan perlu diadakan dengan lebih kurang. Iaitu 6 bulan sekali.

     v. Aktiviti gotong royong akan di adakan dengan lebih kerap lagi.

     vi. Papan tanda berkaitan kebersihan perlu diadakan dan diperbanyakan.

    vii. Pemajak kebersihan telah ditugaskan menjalankan kerja-kerja mencuci di kawasan Pantai Irama dan termasuk jalan utama pada setiap hari termasuk jumaat dan sabtu. Kekerapan kerja mencuci adalah 2 kali sehari (pagi dan petang)

    4. Kesesakan jalan terutama laluan keluar masuk ke Pantai Irama

     i. Laluan keluar masuk telah dibuat jalan sehala

    ii. Penguatkuasa perlu bertugas pada hari kelepasan am dan cuti umum seperti hari raya.

    iii. Kawalan ke atas peniaga "haram" pada hari Jumaat, Sabtu dan hari cuti umum , contoh hari raya.

    iv. Tanda arah jalan perlu diperbanyakkan.

     v. Penguatkuasaan undang-undang perlu lebih tegas ke atas mana-mana peniaga yang ingkar, pengguna jalanraya.

   5. Pesanan daripada pihak Majlis

   i. Kepada semua peniaga, pengunjung dan penyewa di kawasan Pantai Irama pihak Majlis mengharapkan kerjasama tuan/puan agar sama-sama kita menjaga kebersihan gerai, persekitaran dan keharmonian diantara sesama peniaga dan pengunjung demi kebaikan kita bersama.

 

Disediakan oleh,

Bahagian Kesihatan dan Pelesenan

Bertarikh: 28 Julai 2015,

image

image