MENU

Inspektorat Khas Keselamatan di Majlis Daerah Bachok telah berlangsung pada 24 - 26 Jun 2014. Inspektorat ini dijalankan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Inspektorat yang dijalankan adalah bagi mengenalpasti aspek-aspek keselamatan yang terdapat di Majlis Daerah Bachok. Pegawai-pegawai dari Jabatan Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia turut memberikan cadangan bagi penambahbaikan aspek keselamatan yang ada.

Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai yang hadir pada sesi tersebut.