MENU

Sumber : Sinar Harian Online

Tarikh : 10 September 2014

Pautan : http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/penduduk-lega-jalan-siap-diturap-1.315371

BACHOK - Penduduk lima kampung dekat sini, mampu menarik nafas lega apabila laluan alternatif dari Kampung Seri Kemunting ke Beris Lalang diturap sepenuhnya akhir Ogos lalu.

Penghulu Tanpa Mukim Dun Jelawat, Mohd Zanuri Abdullah berkata, laluan sejauh tiga kilometer itu tidak pernah diturap sejak berbelas tahun lalu.

Menurutnya, laluan itu juga boleh digunakan penduduk Seri Kemunting sebagai laluan alternatif untuk ke pekan Jelawat dan Tok Bali.

"Pembinaan jalan ini dimulakan pertengahan Ogos dan siap akhir Ogos. Ia memberi keselesaan kepada pengguna dari lima kampung iaitu Kampung Haji Saman, Redang, Bakong, Gong Tungai dan Seri Kemunting sendiri.

"Sebelum ini jalan itu hanya berbatu dan agak menyukarkan penduduk yang berulang alik setiap hari kerana ia berisiko merosakkan tayar kenderaan, terutamanya basikal dan motosikal.

"Kini ia lebih selesa dan selamat terutamanya sebagai laluan utama untuk pelajar dari Seri Kemunting yang belajar di  Sekolah Agama Beris Lalang," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir; Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok (MDB) yang membantu merealisasikan hasrat penduduk untuk memiliki laluan selesa sejak bertahun lalu.