MENU

Sumber : Sinar Harian Online

Tarikh : 30 Ogos 2014

Pautan : http://www.sinar-harian-online.com/meriah-dengan-pelbagai-aktiviti-di-bachok/

BACHOK – Sambutan Ambang Merdeka Kelantan Off Road Beach Challenge yang masuk hari kedua semalam terus dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan 4×4 Special Stage (SS-1), Special Stage (SS-2), dan paragliding.

Orang ramai dari semua peringkat usia bagaikan tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi program yang melakar sejarah tersendiri seterusnya menimba pengalaman lebih menarik dalam sukan ekstrem.

Lebih meriah ia turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Makhtar Mustapha – sinar