MENU

Majlis Daerah Bachok akan memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan kepada pelanggan berasaskan nilai-nilai jujur, ikhlas, bersih, adil dan amanah berteraskan konsep kerja sebagai suatu ibadat.

A.   Jabatan Khidmat Pengurusan

1.    Melayan pertanyaan pelanggan dalam masa - 5 minit.
2.    Menerima sebarang aduan pelanggan secara bertulis - 5 minit
3.    Menerima aduan pelanggan melalui telefon - 5 minit
4.    Menjawab panggilan telefon – 10 saat
5.    Melayani setiap pertanyaan pelanggan yang hadir untuk berurusan di pejabat – 5 minit
6.    Menerima setiap aduan yang diberikan oleh pelanggan sama  sama ada melalui kaunter atau telefon – 5 minit
7.    Melaporkan Aduan kepada unit yang bertanggungjawab – 5 minit
8.    Menjawab aduan yang dibuat melalui surat /faks/emel – 7 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
9.    Menyiasat tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.  

B.   Jabatan Perbendaharaan

1.    Masa menunggu untuk membayar bil-bil dikaunter bayaran dihadkan selama sepuluh (10) minit bagi masa sibuk dan tiga (3) minit bagi masa kurang sibuk.
2.    Bayaran kepada pembekal dan kontraktor Majlis akan diproses dan cek akan disiap dalam tempoh 14 hari dari tarikh sesuatu invois diterima dengan lengkap daripada Jabatan untuk Pembayaran.
3.    Penyediaan Akaun  Tahunan dimuktamadkan pada bulan April tahun berikutnya.
4.    Memproses  bayaran elaun-elaun dan sebagainya dalam tempoh 7 hari daripada tarikh tuntutan dibuat.
5.    Menyediakan anggaran Belanjawan Tahunan enam (6) bulan sekali pada bulan Jun setiap tahun.
6.    Menyemak Kutipan Sewaan Semasa Majlis 1 kali sebulan untuk anggaran belanjawan bulanan.
7.    Menyemak Kutipan Sewaan Tunggakan Majlis 1 kali sebulan.
8.    Menerima bayaran-bayaran dan mengeluarkan resit rasmi penerimaan dalam masa 2 minit bagi setiap urusan.
9.    Mendaftar setiap bayaran sewaan/deposit dan lain-lain yang berkaitan dalam tempoh 3 minit bagi setiap urusan.
10.  Menyediakan Penyata Kutipan harian 1 kali sehari.

C.   Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

1.    Semua harta akan ditaksirkan dari tarikh SKD dikeluarkan dalam tempoh 12 bulan.
2.    Semua permohonan tuntutan balik/remisi kadar akan diputuskan dalam tempoh dua (2) bulan.
3.    Semua permohonan pengecualian dari membayar cukai taksiran akan diputuskan dalam tempoh dua (2) bulan.
4.    Semua permohonan penukaran pemilikan akan diputuskan dalam tempoh empat (4) minggu.
5.    Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari.
6.    Semua permohonan untuk membuat pembetulan dalam senarai nilaian akan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari.
7.    Permohonan penyewaan hartanah Majlis diputuskan dalam tempoh satu (1) bulan.
8.    Mengemukakan laporan kutipan semasa cukai pintu setiap bulan.
9.    Mengemukan laporan kutipan cukai pintu tunggakan 1 kali sebulan.
10.  Mengeluarkan notis E kepada pemilik cukai pintu yang gagal menjelaskan tunggakan 2 kali setahun.

D.   Jabatan Perancangan & Bangunan
Proses Kelulusan Pelan Bangunan

  • Permohonan diterima daripada Unit Pusat Setempat (OSC) dan rekod untuk diedar bagi laporan pengiraan caj pemajuan dan caj pembangunan dalam masa 2 hari bekerja.
  • Semakan Pelan, lawatan tapak dan laporan pengiraan akan dikeluarkan dalam masa 14 hari bekerja.
  • Fail yang telah disemak diangkat kepada perancang untuk semakan dan perakuan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Setelah mendapat perakuan daripada perancang, surat kelulusan akan dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja.
  • Tempoh Bagi kelulusan permohonan pelan bangunan adalah selama 90 hari.

Kelulusan Pelan Ubahan Dan Tambahan

  • Permohonan pelan ubahan dan tambahan kecil diluluskan dalam masa satu minggu, dengan syarat tiada pindaan pada pelan.

Permohonan Yang Bermasalah

  • Permohonan yang bermasalah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan untuk perakuan kepada Mesyuarat Penuh MDB bagi mendapat keputusan sama ada diluluskan atau ditolak dalam tempoh dua bulan

Proses Kelulusan KM

  • Permohonan diterima daripada Unit Pusat Setempat (OSC) dan Rekod untuk Diedar bagi laporan pengiraan caj pemajuan dan caj pembangunan dalam masa 4 hari bekerja.
  • Semakan pelan, lawatan tapak dan laporan pengiraan akan dikeluarkan dalam masa 14 hari bekerja.
  • Fail yang telah disemak diangkat kepada perancang untuk semakan dan perakuan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Fail akan diangkat dalam mesyuarat jawatankuasa OSC dalam masa 30hari
  • Setelah surat makluman keputusan mesyuarat dikeluarkan, bahagian perancangan dan pembangunan akan keluarkan sijil dalam masa 7 hari bekerja
  • Pelan yang telah dikeluarkan sijil akan diangkat untuk precomp dalam tempoh 21 hari
  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa mengemukakan pandangan kepada agensi luaran dalam masa 2 minggu sekiranya fail perlukan ulasan agensi luaran
  • tempoh bagi kelulusan permohonan pelan bangunan adalah selama 90 hari.

E.   Jabatan Pembangunan & Kejuruteraan

  • Membaiki kerosakan kecil jalan dalam kawasan Majlils dalam masa 7 minggu.
  • Permohonan mengorek/menebuk jalan dalam kawasan Majlis akan diluluskan dalam masa 2 minggu.
  • Membaikpulih kerosakan longkang dalam tempoh 2 minggu.
  • Segala aduan kerosakan premis Majlis akan diambil tindakan dalam tempoh seminggu.

F.   Jabatan Pelesenan & Kesihatan Awam

Borang Permohonan

  • Borong permohonan boleh diperolehi di kaunter MDB;
  • Kami akan memberi penerangan dan membantu pelanggan mengisi borang permohonan.

Pembayaran Kelulusan

  • Permohonan yang dilulus, mesti membuat bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh terima surat.

Borang Kelulusan atau Penolakan Lesen

  • Semua premis pemohon akan disiasat;
  • Lesen perniagaan berpremis tiga (3) minggu
  • Lesen penjaja atau sementara satu (1) minggu
  • Kain rentang, banting dan sepanduk - serta-merta (Wajib ada tulisan jawi bersama rumi)
  • Papan Iklan (3) minggu.
  • Pasar malam,jualan buah bermusim dan lain-lain (Syarat ada tempat - serta-merta)

Daftar Permohonan
Permohonan lesen boleh didaftar terus, kecuali bagi peniaga berikut hendaklah daftar bersama: Sijil Pemeriksaan Kesihatan (bagi perniaga makanan)

  • Pandangan Pentadbir Tanah Jajahan.
  • Perakuan Jabatan Bomba
  • Pandangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Perakuan Jabatan Kerja Raya Jajahan
  • Jabatan Alam Sekitar

Maklumat Am

  • Setiap lesen adalah sah digunakan daripada 01 Januari hingga 31 Disember tiap-tiap tahun.
  • Lesen perniagaan hendaklah diperbaharui pada 01 Januari tiap-tiap tahun.

G.   Jabatan Undang-Undang

1.    Menjalankan siasatan dan memberi maklumbalas terhadap aduan-aduan yang berkaitan dalam masa 10 hari waktu bekerja.
2.    Mengambil tindakan segera yang bersesuaian ke atas aduan kacau ganggu yang memerlukan tindakan segera berdasarkan peruntukan undang-undang.
3.    Pemantauan perlaksanaan dan tindakan penguatkuasaan undang-undang akan dilakukan secara cekap, tegas dan harmoni berlandaskan undang-undang dan prinsip Islam.
4.    Memastikan setiap barang rampasan berada dalam keadaan selamat.
5.    Mengendalikan tuntutan barangan rampasan dengan kadar segera setelah segala urusan denda dan kompaun dijelaskan.
6.    Menjalankan operasi-operasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  • Mengadakan operasi terhadap premis yang tidak membayar sewaan seperti yang telah ditetapkan sebanyak 2 kali sebulan.
  • Mengadakan operasi menangkap haiwan merayau dikawasan yang dilarang menternak haiwan sebanyak 2 kali sebulan
  • Mengadakan operasi pada malam hari bergantung pada kes yang dilaporkan kritikal sebanyak 1 kali sebulan.
  • Melakukan pemeriksaan kebersihan/ keselamatan dan kacau ganggu mengikut jadual 2 kali sebulan.
  • Melakukan pemeriksaan terhadap iklan yang dipaparkan dalam bentuk banner, papan tanda/billboard, sepanduk, iklan tiang lampu dan papan iklan sementara menikut jadual 2 kali sebulan.
  • Melakukan pemantauan terhadap lesen kerja-kerja tanah, bangunan dan lain-lain mengikut jadual 6 kali sebulan.
  • Mengeluarkan kompaun terhadap pelbagai kesalahaan setiap hari. 

7.    Susunan  jadual dan cara kerja akan dibuat penilaian semula setiap 6 bulan bagi penambahbaikan mutu kerja dan keberkesanan untuk meningkatkan hasil Majlis Daerah Bachok dan sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan.

H.  Unit Pusat Setempat

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap, adil dan cepat. Untuk mencapainya kami akan memastikan semua permohonan cadangan pemajuan yang lengkap diterima dan diproses tidak melebihi tempoh yang ditetapkan seperti berikut yang terkandung di dalam Jadual 1 berikut;

Kami juga Komited untuk sentiasa memberi khidmat nasihat berkaitan dengan proses permohonan kelulusan pelan dan menerima dan mengambil tindakan setiap aduan berkaitan yang di terima.

Jadual 1 : Senarai 32 jenis permohonan yang diterima di Unit OSC mengikut masa piagam yang ditetapkan

BIL

KOD

JENIS

JENIS PELAN

JKB dan lain-lain

BKJ / Projek Impak Tinggi / Projek Pelaburan Asing / Projek Kerajaan

ADA
RT

TANPA RT

ADA
RT

TANPA RT

1

A1

Serentak

PU + KM + PB + PJ

111 hari

139 hari

67 hari

92 hari

2

A2

Serentak

PP + KM + PB + PJ

111 hari

139 hari

67 hari

92 hari

3

A3

Serentak

PU +PB + PJ

111 hari

111 hari

67 hari

92 hari

4

A4

Serentak

PP + KM + PB

108 hari

139 hari

67 hari

92 hari

5

A5

Serentak

PU + KM + PJ

111 hari

139 hari

67 hari

92 hari

6

A6

Serentak

PP + KM + PJ

111 hari

139 hari

67 hari

92 hari

7

A7

Serentak

KM + PB + PJ

80 hari

108 hari

38 hari

63 hari

8

A8

Serentak

PU + KM

108 hari

139 hari

67 hari

92 hari

9

A9

Serentak

PP + KM

108 hari

139 hari

67 hari

92 hari

10

A10

Serentak

KM + PB

69 hari

108 hari

38 hari

63 hari

11

A11

Serentak

KM + PJ

80 hari

108 hari

38 hari

63 hari

12

A12

Serentak

PB + PJ

80 hari

80 hari

38 hari

63 hari

13

A13

 

KM

57 hari

108 hari

38 hari

63 hari

14

A14

 

PJ

57 hari

80 hari

38 hari

63 hari

15

A15

 

Pelan Kerja Tanah

57 hari

80 hari

38 hari

63 hari

16

A16

 

Pelan Jalan, Parit dan Lampu Jalan

57 hari

80 hari

38 hari

63 hari

17

A17

 

Pelan Lanskap

57 hari

80 hari

38 hari

63 hari

18

A18

 

Pelan Nama Taman

57 hari

80 hari

38 hari

63 hari

19

A19

 

Pelan Nama Jalan

57 hari

80 hari

38 hari

63 hari

20

A20

 

Pelan Lampu Jalan

57 hari

80 hari

38 hari

63 hari

21

A21

 

Pelan Jalan dan Perparitan

57 hari

80 hari

38 hari

63 hari

22

A22

Serentak

Pecah Sempadan dan Ubah Syarat

108 hari

139 hari

67 hari

92 hari

23

A23

Serentak

PP-Penyerahan dan Pemberimilikan Semula

108 hari

139 hari

67 hari

92 hari

24

A24

 

Pelan Kerja Tanah + Pelan Jalan dan Perparitan

57 hari

80 hari

38 hari

63 hari

25

B1

 

Pelan Bangunan

69 hari

69 hari

38 hari

63 hari

26

B2

 

Permit untuk Pembinaan Kecil atau Perubahan dan Tambahan Kecil

69 hari

69 hari

38 hari

38 hari

27

B3

 

Permit Sementara untuk Bangunan / Stuktur Sementara

69 hari

69 hari

38 hari

38 hari

28

B4

 

Pelan Sanitari

69 hari

69 hari

38 hari

38 hari

29

B5

 

Pelan Konkrit Tetulang

69 hari

69 hari

38 hari

38 hari

30

C1

 

Permohonan CFO

14 hari

14 hari

14 hari

14 hari

31

D1

 

Notis Penyiapan Berperingkat Substruktur

 

 

 

 

32

D2

 

Ketidakpatuhan CCC

 

 

 

 

 

Rujukan:

 

PU - Pecah Sempadan dan Ubah Syarat   JKB - Jual Kemudian Bina
PP - Penyerahan balik dan Pemberimilikan Semula   BKJ - Bina Kemudian Jual
KM - Kebenaran Merancang   RT - Rancangan Tempatan
PB - Pelan Bangunan        
PJ - Pelan kerja Tanah + Pelan Jalan dan Peparitan + Pelan Lampu Jalan