MENU

Organisasi pentadbiran Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam di ketuai oleh Yang Dipertua, kemudian dibantu oleh seorang Setiausaha, serta beberapa bahagian yang ditubuhkan di bawahnya. Antara bahagian-bahagian dan peranan secara ringkas adalah seperti berikut:

1. Jabatan Khidmat Pengurusan

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam semua urusan yang berkaitan dengan pentadbiran, melibatkan surat menyurat, sistem fail, rekod perkhidmatan kakitangan, urusan rasmi kerajaan, pemilihan paserta kursus dan sebagainya.

2. Jabatan Perbendaharaan

  • Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua urusan yang berkaitan dengan kewangan dan juga hasil. Ini melibatkan penyediaan buku anggaran belanjawan tahunan,sewaan peralatan,loji dan jentera Majlis, sewa kedai,perbelanjaan gaji, pembelian peralatan pejabat, harta modal dan sebagainya yang merangkumi semua pendapatan dan perbelanjaan.

3. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam segalaa urusan cukai pintu,bermula dari proses menjalankan penilaian, notis cukai pintu,tuntutan Caruman Bantu Kadar, tuntutan tunggakan, mengendalikan kes-kes rayuan cukai dan permasalahan yang timbul berkaitan dengan cukai pintu.

4. Jabatan Perlesenan dan Kesihatan Awam

  • Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua urusan pembangunan,perancangan pambangunan, kebersihan dan keindahan bandar, perkhidmatan mengangkat sampah dan juga terlibat dalam mengendalikan semua jenis permohonan lesen perniagaan yang dikenakan di kawasan Majlis.

5. Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam kawalan pembangunan dalam kawasan pentadbiran Majlis dan urusan pembinaan bangunan baru yang memerlukan kelulusan dari pihak Majlis.Perancangan dan pambangunan projek-projek perumahan dan peniagaan juga di kendalikan oleh bahagian ini sehingga kepada proses pengeluaran Sijil Kelayakan Duduk (SKD).

6. Jabatan Undang-Undang

  • Bahagian ini bertanggungjawab terhadap semua penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan oleh semua bahagian di bawah pentadbiran Majlis.Sebagai contoh, penguatkuasaan lesen perniagaan,sitaan kedai dan gudang milik Majlis yang enggan membayar sewa, sitaan dan penjualan barang bagi premis-premis yang enggan membayar tunggakan cukai pintu, pembuangan sampah di tempat yang dilarang,menjalankan perniagaan secara haram,membina bangunan tanpa kebenaran dan sebagainya.

7. Unit Teknologi Maklumat

  • Bahagian ini bertanggungjawab terhadap merancang dan melaksanakan pembangunan aplikasi/ sistem, menjalankan tadbir urus sistem server dan rangkaian dalaman pejabat di samping mengurus sistem dan aplikas komputer serta memasti dan memantau kelancaran perkhidmatan MDBBPI dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan, bersesuaian dengan visi dan misi Pengurusan MDBBPI.