MENU

BACHOK: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam telah menerbitkan sebuah buku buat julung kalinya yang berjudul “Bachok Bandar Pelancongan Islam, Kelantan Dihatiku”. Perasmian pelancaran buku tersebut telah dilancarkan pada 22 Oktober 2017 yang bertempat di Dewan Besar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Penerbitan buku ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan dan Pelancongan Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam yang diketuai oleh Al Fadil Ustaz Muslim bin Yusoff. Satu jawatankuasa kecil ditubuhkan bagi menyiapkan buku ini. Penerbitan buku ini mengambil masa selama 4 bulan kerana pihak Majlis perlu mencari bahan-bahan terlebih dahulu dalam membuat draf penerbitan buku.  

Majlis pelancaran buku tersebut telah dilancarkan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kanan Menteri Besar Kelantan. Buku Kelantan Dihatiku adalah lebih tertumpu kepada Bachok dimana ianya berkaitan dengan profil Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, Latar Belakang Bachok, dan Elemen Pelancongan dan Kebudayaan Tempatan.

Dengan adanya penerbitan buku “Bachok Bandar Pelancongan Islam,Kelantan Dihatiku” ini, semoga ianya menjadi salah satu rujukan kepada masyarakat luar dan dalam dan moga ia menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar yang inginkan serba sedikit maklumat di dalam buku ini.